APA ITU SCOLIOSIS???

haluuuuu...mija is hereee

Memandangkan last month mija discovered yang mija ada sakit tulang belakang yang dipanggil sebagai 'SCOLIOSIS', so I've decided to do some digging about it. Walaupun sedih sebab ade sakit ni, hidup kena diteruskan. I'm just 24 years old girl with a big ambition and a long list of future planning. So i'm not going to give in!!!!

P/S : Before we start, mija nak cakap yang anything yang mija tulis dalam ni tidak semestinya betul dan tepat as i am not an expert. Just untuk perkongsian dan please seek doctor's advice first!

okay here we go!

What is Scoliosis???

Scoliosis adalah satu keadaan dimana tulang belakang menjadi bengkok ke tepi dan tidak normal. Ada 2 keadaan tulang belakang ni, sama ada berbentuk 'S' atau 'C'. Scoliosis ni boleh terjadi dimana-mana bahagian tulang belakang, sama ada kat area bawah tengkok, bahagian dada, bahagian tengah2, atau bahagian pinggang bawah. 

google image
Scoliolis boleh dihidapi oleh semua peringkat umur dan jantina tapi statistic menunjukkan golongan wanita lebih ramai mengalami scoliosis yang kebanyakan nya menjadi lebih teruk. Ia boleh berlaku secara natural dalam kalangan kanak-kanak/remaja yang masih dalam tempoh tumbesaran dan hanya dapat dikesan setelah mereka berumur 20 ke atas..(like me).. 

Kebanyakan yang dialami oleh kanak-kanak/remaja adalah mild scoliosis (kondisiringan, tidak teruk dan tidak mempengaruhi kehidupan harian), tapi itu tidak bermakna ianya tidak merbahaya. Mild scoliosis boleh menjadi severe scoliosis jika tidak dipantau dengan rapi. Bila dah severe, the worse scenario is paralyze (lumpuh) sebab tulang belakang bertindak sebagai perlindungan saraf tunjang yang control seluruh badan kita. So if something happen to our spine, of couse it will effecting our spinal cord.

Apa faktor dan macam mana kita nak kesan scoliosis ni???

Apa faktor yang menyebabkan scoliosis ni? There is NO confirmed reason on why scoliosis can happen to someone. Everything berlaku secara natural. Pergerakan harian kita adalah faktor terbesar scoliosis. Macam mana kita berjalan, berlari, bersenam, cara duduk, posisi baring masa tidur. Semua tu mempengaruhi tulang belakang. Adakah disebabkan kita kurang kalsium? Jawapan nya tidak. Ada juga sesetengah kes scoliosis berlaku disebabkan genetik/keturunan, tapi yang ni rare cases. Majoriti scoliosis dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan tumbesaran tulang yang tidak normal.

So macam mana kita nak kesan sama ada kita ada scoliosis ke tak?
The only way is thru Xray. Tapi ade beberapa symptoms awal yang kite boleh detect scoliosis ni. Tapi symptoms kat bawah ni hanya untuk dewasa ye...

1) bahu tidak sekata
2) tulang rusuk tidak sama kedudukan - ketinggian berbeza
3) tulang punggul tak sama tinggi
4) kaki tidak sama panjang
5) lebih cenderong ke tepi apabila berdiri atau duduk

Some scoliosis can cause back pain, but not usually very painful. Plus, back pain is not that uncommon among adult.

Pengalaman mija, I do have uneven shoulder and ribcage, I think since I was 17. but I ignored it. never thought it was because of spine. Bila ambil gambar mesti bahu akan senget naturally, kalau ambil gambo passport, photographer tu byk kali betulkan bahu sbb kite rase bahu kite dah tegak dah, buat actually senget gaiss😭😭😭. And I noticed my ribcage is uneven when I lying on bed. Tulang rusuk sebelah lebih tinggi.

gambar 2 tahun lepas. mija yg depan sekali tengah2. see how uneven my shoulder is and i dont even know that i have scoliosis at that time.
 How to cure?

ok so scoliosis have a few treatment, untuk betulkan semula kedudukan tulang belakang. Jika mild scoliosis untuk kanak-kanak, biasa nya doktor akan sarankan untuk biarkan je, do nothing tapi kena kerap pergi buat checkup incase it worsen. Sebab kanak-kanak ni masih dalam tempoh tumbesaran dan kebarangkalian untuk tulang belakang menjadi tegak semula tu tinggi. tapi ada juga kes kanak-kanak yang menjadi semakin teruk. so seek advice from expert dulu.

For adult, mild scoliosis boleh dirawat dengan cara exercise. Tapi bukan suka suki exercise main hentam je tau, kena jumpe pakar dulu, then dia yang akan refer kita ke bahagian fisioterapi, dan fisio akan ajar kita exercise yang sesuai untuk betulkan tulang. Some exercise contohnya plank, jumping, etc can make it worse, so be careful. Jumpa doktor dulu!!! and scoliosis can be reoccur sbb exercise is not permenantly cure scoliosis

Other than that, braces can be use to tighten the spine and keep it in position. Pakai braces ni adalah untuk mengelakan tulang belakang menjadi lebih teruk. tapi ianya tidak memulihkan scoliosis,  hanya untuk control spine supaya tidak bengkok dengan lebih teruk.

In worse cases, doktor akan sarankan untuk buat surgery and tegakkan semula tulang belakang. You all can watch 3D videos on youtube to know how this surgery is done. In short, doctor akan tebuk lubang di setiap spine dan masukkan satu wayar besi, then wayar tu akan ditarik untuk ketatkan tulang belakang, and walllaaaa tulang belakang tegak semula.. macam tu lahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ but every surgery have risks especially bila melibatkan tulang belakang. and costly too.

Most cases tak perlu surgery pon unless it is so so worse. Jika selalu back pain disebabkan scoliosis ni, sakit tu boleh dikurangkan dengan fizikal terapi, urutan, exercise, atau pon yoga (tapi elakan rutin yoga yang spinning and twisting). Jika jumpa doktor, biasa nya doktor akan bagi pain reliever or anti imflammotary injections.




okay, setakat ni je yang mija boleh kongsikan sebab tak banyak pon cerita pasal scoliosis ni kat google, sebab majoriti scoliosis cases tak dapat kesan reason kenapa ia berlaku. and there is no confirmed cure for it. A few advice bila ada scoliosis ni, jangan angkat benda-benda berat kerana ia memberi beban kepada tulang belakang and dont do exercise yang susah2 yang twisting the spine. dan kalau bawak backpack, jangan overweight and jagan bawak sebelah je. betulkan cara duduk dan cara baring, beli katil&bantal yang boleh support the cure of our body.

harap bermanfaat untuk semua dan doakan mija sentiasa dalam keadaan sihat selalu.

Adios!

Comments

Popular Posts