DILEMMA NAK BENTI KERJA :(
bayangkan, tiap-tiap petang pukul 5.30 akan ada meeting thru Ms Team. TIAP-TIAP HARI OIII!!! dah la petang pulak tu.. habis waktu kerja pukul 5.45, tapi engkorang buat meeting 5.30.. tak ke bodoh namanya tu... pastu meeting tak de input pulak tu, sampai 2 JAM!!! buang masa, wasting time!! RBM point kepada sorang-sorang staff just to ask whats your plan, what u want to do, estimate figure.. aduiiiiii bende2 camni ko tak payah la nak kutip hari-hari bengap!.. seminggu sekali je dah la.. penat la ari-ari nak kena reka cerita buat dosa kering semata-mata nak senang kan hati ko sebagai bos bedebah! dia ingat kita ni tak de keje asik nak melayan dia je....dia tu yang tak de keje... eiii gerrrammm!!
tapi yang betul-betul triggered mija untuk anto surat berhenti ni bila RBM start kacau ari sabtu...perghhhhhh aku memang tak boleh terima.. masalah nyaaaaa takde apa-apa manfaat pon dengo RBM tu membebel, marah sorang demi sorang budak-budak sales... FOR WHAT, STUPID ASSHOLEEE???? masa first sabtu dia kacau tu, dia start pukul 10.30 pg, habis pukul 2 petang...3 jam setengah dengan perkara bodoh ya amat... seriussss aku betul-betul bengang sbb meeting tu takde apa yang bermanfaat yang boleh aku take note... nothing!!buku notes depan aku bersih tak bertulis langsung sebab NOTHING WORTH!!!
lepas meeting ari sabtu tu, next monday dia tulis dalam group kitorang, jika until jumaat ni tak capai lagi target dia, dia nak buat lg meeting ari sabtu... the thing is dia nak suruh kejar figure, tapi time tu baru je first week of the month.. memang la semua orang figure merah lagi, lepas tu dia actually nak suruh kami kejar target DIA, bkn target kami. kami punya target sales 1.8million per month, but RBM suruh buat at least 2.5million per month.. jadah apa babeeyyyy...ko nak nama ko cantik disebut-sebut oleh orang atasan, ko kerah budak-budak ko yang patut nya ko tolong, ko guide, ko assist..dia suruh at least every week 500k submission PF, kalo tak de kena jawab dengan dia. WOI BAHLOL! engko la tolong cari kan kes PF pastu bagi kat budak-budak ko ni, sumbang sikit tenaga cari kes, bukan time meeting je muka ko keluar... eiii stupid laa,
then tiba lah next santu, memang dia betul-betul buat, but aku tak masuk sebab aku bagi alasan aku ada signing kat lawyer firm sabtu pagi tu...masa ni la aku bertekad sungguh buat surat resign the next monday 20/09/2021 aku hantar kepada bos linda and aku cerita semua yang aku tak puas hati dengan management ni..bis linda kata dia hold dulu surat aku seminggu, suruh aku pikit masak-masak. petang tu jugak RM, RBM, abg rizal, CFE JB semua call aku, tapi aku tak angkat.. petaaaangg dah nak balik baru aku call balik RBM, just formal basi-basi je.
dia tanya kenapa aku benti, aku cakap i am no longer happy with this bank, i'm stressed, drained out, got no more motivation to go to work.. pastu dia boleh bagi aku tazkirah pulakkkk.. cerita pasal perjuangan islam, kita ni sebenarnya bekerja dalam bank islamic ni adalah satu perjuangan and blah blah blablha blah.. errrrr... dia langsung tak perasan pon hint-hint aku cakap pasal cara dia manage as RBM was just SUCKS! dia tak sedar langsung dia adalah the major reason i quit this job.. urggghhh haprak punya bos...dia pikir dia betul aja, langsung tak nak buat satu self evaluation or self reflect whether his way of leading is good or nah..
so bila aku dah hantar surat tu, aku sangat sangat sangat senang hati :) macam hilang satu bebanan yang besar dalam otak aku... seronok gila..
masa ni mija dah kira-kira saving mija cukup tak untuk bayar hutang mija kalau menganggur, semua aku dah plan cun-cun, then baru aku benti. bila mija cakap dengan firdaus, dia nampak risau la jugak.. maklum laaa bini banyak hutang, kereta+asb+ptptn+takaful, RM1k jugak sebulan.. sbb tu dia risau..hahahahah.. mak ngn abang jib pon mula-mula tak setuju, tapi bila aku cerita slow-slow, alhamdulillah diorang boleh terima and sokong aku. lagi-lagi abang jib, walaupun dia tak setuju awal nya, tapi dia paham kerja kalau stress sampai kita dah tak suka nak keja, baik berhenti.. tapi tapi tapi... mija tak bagitau adik beradik lain sebab diorang mesti tak support keputusan mija sebab diorang tak kerja yang stress-stress ni. diorang tak boleh relate apa yang mija rasa.
sooooo mija akan tamat kan perkhidmatan mija di bank mvamal4t pada december 2021 setelah berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan. tahniah kepada mija kerana berani membuat keputusan yang sangat-sangat besar terutama bila pernikahan dah nak dekat.. huihhh risauuuu lepas nikah tak de keje..hahhahaha.. tapi apa-apa pon rezeki Allah yang tentu kan, kita ikhtiar aja..
kbye
Comments
Post a Comment