AKU MATA DUITAN KE?
27 Oct 2021 - aku bakal bernikah dengan jejaka kedah bernama Wan Mohd Firdaus bin Wan Zurani yang berkerja sebagai tentera, rancangan nya nak bernikah pada Februari 2022 dengan hantaran yang ditetapkan oleh mak sebanyak RM10k...standard kan hantaran sebanyak tu? bukan la mahal, sepadan dengan kelebihan dan kekurangan aku... budak SPM yang tak pandai masak pon hantaran 10k gak..
Tapi arini aku terkilan sikit dengan firdaus... pasal hantaran ni.. cerita nya camni...
so now dah penghujung bulan 10.. tinggal 3 bulan masa untuk kami uruskan hal2 majlis...kitorang survey sana sini... so time survey2 wedding photographer kat FB and IG, ramai member2 recommend this particular photographer (AllF3ndStudi0) and aku pon pi la tgk hasil2 tangan dia..memang lawa and profesional.. then aq whatsapp dia untuk tanya pakej2 dia...memang mahal2 la but pada aku harga yang ditawarkan adalah logik paling murah RM1099 dan paling mahal RM4999... so dari awal pon memang aku expect untuk spend around RM3000 untuk pelamin, baju, make up & photographer..aku rasa tu paling murah sekali, betul tak? SO now, abg jib nak sponsor pelamin... which means 3k tu untuk baju, make up & photographer je la kan...so dalam otak aku ni planning nak amek photographer yang elok sikit around 2k sbb lepas kahwin ni, kenangan yang tinggal cuma gambar..takde lain dah...so aq pon bincang dgn photographer tadi and decided untuk ambil pakej RM1800 which for 2 days including nikah+outdoor (1 hari) and majlis+ourdoor (1 hari) sebab kami nikah & majlis lain hari...
Then aku pon cakap la kat firdaus time kami video call yang aku nak amek yang 1800 tu, then firdaus was like "mahal nya, macam lari budget je, simpan sikit duit hantaran tu, ada lebih bagi b balik sbb b nak guna untuk majlis belah b, syg tolong support b sikit",,,, nahhhh kat sini aku macam terdiam sikit, mcm blank terpaku sekejap.
Dalam otak aku, why should i "pulang balik" duit hantaran tu sedangkan supposedly hantaran tu adalah untuk majlis belah perempuan...walaupun ada lebihan sekali pon, itu hak belah perempuan kan...aku mata duitan ke? aku mata duitan ke gaissssss??? aku tak tahu sekarang ni aku patut rasa marah or tak, but clearly i was shocked and a bit dissapointed on that statement...mesti korang rasa cam, poyo la pompuan ni, dah nak jadi laki bini, kena la bekerjasama....
gaisss....i gave him some money to support majlis on his side. Dia cakap nikah nak bagi aku gelang, but ended up i bayar separuh harga gelang tu. Aku tak nak buruk sangka, but dia boleh minta balik duit hantaran tu sebab dia tahu family aku sponsor a lot of things for the wedding, so he thought 10k tu byk lebih... Tapi, tetap jugak perlukan aroung 8k-10k sbb aku dah kira2 dah semua sekali almost 9k. tu belum masuk remeh temeh duit kepung tol la, upah kadi ngn saksi semua2 tu.. last2 10k jugak abis... majlis aku besar ke? tak pon gaiss, jemputan dalam 200-250 orang aje.
so dalam kekecewaan ni, aku pon bukak balik facebook untuk cari photographer yang cheaper, maybe below 1k......memang banyak budget punya tapi gambar mcm siot la, baik aku upah kawan aku amek gambar guna oppo je, kualiti sama je. then pakej bajet ni takde dapat custom album and frame, semua gambar akan dapat dalam softcopy je.... haaaaa isu kat sini bila family aku mai nak tengok wedding album, tapi takde... mmg lunyai la kena kitai sbb dyorang dah sponsor byk, so supposedly aku boleh spend a bit for the photoghapher, but aku amek photographer yg cikai.. memang diorang akan enquiry la mana pi duit tu... masa ni memang masak aku ngn firdaus nak menjawab...
ye aku tahu firdaus pon sesak jugak nak cari duit tu, thats why bila dia cakap dia nak sikit duit hantaran tu, i couldn't say anything bc i understand.. tapi tapi tapi....kalau family aku tahu ni, silap2 tak jadi nikah ni kang...aku taknak family aku pandang rendah kat firdaus...i know my family...this "duit hantaran" issue can worsen their impression on firdaus.
so now, aku nak tengok dulu perbelanjaan nya macam mana.. maybe aku rasa aku pulang around 2k la mcm tu...so dengan rasmi nya hantaran aku adalah RM10k dalam kurungan RM8k,, giteww
sis dalam dilema.....
Comments
Post a Comment