TUNTUTAN HAK TERHADAP HARTA ABAH
Bulan May 2022 adalah bulan sambut raya aidilfitri, tapi mija sambut di Kedah bersama suami terchiiinta. Yg raya kat Adela ada Along, Abg Din & Abg jib & Kakni. So a week after Raya, masa tu mija otw nak balik adela la dgn daus, dalam kereta, Abg jib call terus cerita pasal apa yg berlaku time kumpul raya.
Katanya yg start bangkit isu pasal harta ni adalah kakni.. Dia cerita pasal keluarga belah mertua dia la, bkn pasal keluarga kitorg. Tapi yg masuk dalam kepala otak along tu pulak pasal harta peninggalan arwah Abah kepada mak. Mija dgn Abg Jib mmg dah boleh agak dah benda ni akan berlaku, dari dulu lagi kitorang memang tak caya dgn Along tu.
Sebab mija tak da masa benda ni berlaku, semua cerita ni adalah drpd mulot abg jib, jadi berkemungkinan apa yg abg jib cerita ni adalah personal opinion dan pemahaman dia.
Cerita nya bila berkumpul lepas makan tgh hari kat meja makan besar uma mak tu. keluarga kami mmg banyak spend time kat meja makan tu, kalau time lunch tu, smpai 2 jam kat situ walaupun dah habis makan..tu lah family time kami sbb jarang jumpa. Along buka cerita yang mak sepatutnya dah bahagikan harta2 peninggalan abah kepada anak2 terutama nya gaji felda ni. Kata nya dia ada tanya ustaz yang harta arwah abah sepatutnya dibahagikan mengikut faraid di mana isteri si mati (mak) cuma dapat 1/8 dan anak2 si mati akan dapat bahagian iaitu 13/60 (lelaki) dan 13/120 (perempuan) bersamaan 2:1 dan 1:2.
Gaji felda mak mmg skrg ni tengah tinggi, satu tan sawit cecah RM1300, jadi baru-baru ni tiap tiap bulan mak dapat gaji felda RM8000 ke atas. Tapi baru je sebenarnya. Start hujung tahun 2021 baru nak merasa gaji felda tinggi ni. Tambah pulak mak dah tak da tanggungan, mak simpan je semua. Mak mmg bagi kat anak2 gilir2 semua dpt 10k sorang termasuk mija. Mak tak pernah kedekut dgn anak cucu dia, kalau bawak mak kluar, mmg mak yg support semua.
Tapi bila Along sebut mcm tu, mija dapat bayang time tu mak punya perasaan macam mana. Sampai hati Along. Memang ikut dalam islam, hukum faraid, memang betul semua yg Along cakap tu, tapi tak boleh ke kita sebagai anak ni memberi ehsan kepada mak kita tu, bagi la orang tua tu merasa duit banyak dalam akaun dia. Nanti last2 duit tu engkorang punya jugak. Apa tah yg nak diungkit kan. lagi pon Along tu bukan nya anak yg sentiasa ada time susah senang mak.. nope, dia tak pernah ada pon.
Along punya prinsip hidup, kalau susah sendiri tanggung, kalau senang sendiri punya. Kalau adik beradik susah, jangan cari dia, mmg dia tak tolong. Abg jib pernah cerita masa dia study kat sarawak, mak tak da orang nak tolong anta duit ke bank, abg jib minta tolong along minta rm50, along cakap "takda duit", Jujur cakap, Along adalah abg yang paling jauh dengan kami adik beradik ni, dan asik la ungkit kisah dia hidup susah dgn mak abah dulu, padahal dia duk ngn mak abah smpai tingkatan 3 je pon, pastu dah berambus masuk vokay. Mija dgn abg jib ni haa yg paling lama dgn mak. Abg jib yang jaga abah sakit, abg jib jugak yg jaga mak skrg. dia kat mana? takda pon. Bagi mak duit pon tiap kali balik raya je.
Amat sakit hati bila dengar, bkn geram pasal dia tuntut harta tu, tapi geram sbb Along yg bersuara. Dia tu hak atas faraid dlm islam je, tapi tanggungjawab lepas. Asik sebut hak sebagai anak lelaki, hak sebagai anak sulong, hak sebagai cucu lelaki pertama. eh eh eh. Time mak dah tak da tanggungan ni la yang mak boleh enjoy sikit dgn duit felda tu, tapi mak dah tua, setakat mana sangat la mak nak enjoy tu. Itu lak duit sakit pening mak, sekurang-kurang nya mak tak yah la risau kalau tiba2 mak sakit. mak nak rasa secure sbb ada duit tu. Nanti kang semua bagi ke anak, tiba-tiba mak sakit, anak semua ilang.. banyak nya macam tu.
tu belum cerita pasal diorg jeles dgn mija...kata nya aku yang paling banyak sedut duit mak..
lepas Along bersuara, abg jib cerita dgn abg din.. masa raya aritu abg din lom balik, dia balik raya ke 4. So bila abg jib cerita semua kat abg din, nampak macam abg din nak sokong mak and tak setuju dgn pendapat along.. tuptup dua tiga ari lepas tu, abg din call abg jib cakap yg pendapat along tu betul. rupa2 nya dia pi call along bercerita dan dah kena 'brainwash' dgn along.. tapi mmg abg din ni lalang, dia ikut mana yg benefit bagi dia. Point along hasut abg din ni, dia cakap mija dgn abg yie tu dah byk sgt pakai duit mak sampai adik beradik lain dpt dah -ve. Bag yie dulu pinjam2 duit mak utk projek2 dia, lebih 50k gak. yg mija lak dia cakap mija ni minta apa2 pon semua dpt, yg paling diorg geram adalah pasal kereta mija tu.
meh aku nak cerita.. abg yie tu masa muda2 dulu mmg byk pakai duit mak.. mmg lebih 50k dia guna duit mak.. 'pinjam',, tapi lepas tu dia jual rumah dia, dia nak bayar semua, masa tu rasa nya dia nak bg mak 70k, tak ingat.. tapi mak kata tak payah byk2.. masa tu mak amek 45k je kalau tak silap sbb mak tahu abg yie tgh susah dan masa tu dia nak beli tanah. kira hutg abg yie langsai la.. Daaaaannn lepas mak dpt duit tu la mak depositkan kereta persona mija rm10k (mija minta moto utk mudah pi practikal masa kat u, tapi mak kata bahaya sbb jauh ulang alik ke u, jadi mija kata beli kereta 2nd hand la, abg jib ngn abg din tak kasi sbb kalau tak pandai jaga, byk problem, so mak suruh beli kereta baru, pastu mija kata angkat axia je la, mak xnak sbb xde bonet, pi tgk saga, mija tak berkenan sbb burukkksss, hahahahha dan tambah 10k je dpt persona, zupppp beli persona terus, mak happy mija happy tapi adik beradik menyirap, bhahahahahaha). mak deposit je, bulan2 mija bayar sendiri kay sbb abis practikal je terus dpt keje.
lepas mija dah keje, mak dah tak de tanggungan, gaji felda pon ok, mak kumpul2 duit then bagi anak2 dia 10k sorg gilir2 (mija ada cerita kat atas perenggan 6). so fair la actually, tak de nye mija dpt lebih smpai semua adik beradik jadi -ve..eeeeeeee...diorg tu nampak mija bermewah-mewah berjalan jalan dgn mak, dlm otak tu pikir aku ni dok ngikis duit mak aja.....aku yg bawak mak jalan, pi makan sana sini. mak nak pi mana, call je..nak harap anak-anak lain yg time raya jek balik, mmg berkulat org tua tu kat uma xberjalan. jadi logik la kalau mak lebih kan aku..tapi takde la lebih sgt pon...
dah la, penat dah nak story.. moga2 semua nya baik2 shj..
Comments
Post a Comment